Padang, Indonesia

Pariangan, Bumi Minangkabau

Permandangan dari kaki Gunung Merapi, Pariangan, Padang

Kata orang, jauh perjalanan luas permandangan.. Memang ternyata luas.. Melihat tempat orang, keluar dari kepompong sendiri itu ada banyak faedahnya. Ikut pada tujuan masing-masing. Ada orang merantau utk mencari ilmu, melihat alam sekitar, mengembara, memancing pon ada, dan ada juga baiknya jika tujuan merantau utk agama. oh!

Padi Bukit

Padi Bukit, Pariangan, Padang

Kami berlepas dari Kuala Lumpur LCCT pada pagi hari.Perjalanan taklah begitu lama, dalam sejam setengah rasanya. Kami tiba di Padang pada pagi hari, dan masing-masing dalam keadaan segar bugar, bersemangat nak tgk tempat orang. “Padang, bukan calang2 punya tempat.. Ini bumi lahirnya Minangkabau.haaa”

Rumah Gadang, Minangkabau Pariangan

. Kami agak bertuah kali ni, kerja lapangan kami di temani rakan2 dari universiti bung Hatta. Jadi, adalaa tempat bertnya, sbb masing2 agak senonong tak tahu kebenda.. Kami menginap di salah sebuah hotel die pekan Padang, yang dah runtuh akibat gempa bumi tahun lepas(2010). Jadi, hotel yang kami menginap tu da jadi sejarah da..Sepanjang 2 hari menginap di sana, ada beberapa perkara yang takleh di lupakan. Pertama , ais krim durian..pergh, mmg terngiang2 rasa aiskrim tu smpi sekarang.

Dah la aku ‘hantu’ durian, makan pulak aiskrim gitu, mmg terbaiklaa.. Kedua, angkut2 yang extremely modified tahap gaban..kat pekan tu, penuh dgn angkut2 yang tak henti2 hon..sana sini hon..ibarat hidup mereka tak indah kalo tak dengar hon2 ni.Ia merupakan satu cara bersapa semasa memandu..”sebelum memotong, hon dulu..semasa memotong, hon sambil mengangkat tangan, lepass potong hon lagi…” kalau di Malaysia, hon = memaki hamun orang sambil mengangkat tangan tanda marah…pfftt!!  Ketiga? tak ingat da der..

Selepas beberapa hari tinggal di pekan padang,kumpul data dari Uni Bung hatta n etc, Kami berlepas ke Pariangan, tempat yang dijanjikan.. Maafla, kalau aku terlalu mengagumi Bumi Allah di tempat orang dari tempat sendiri.. tapi, tempat tu mmg marvelous.. Permandangan mmg cantik tahap gaban mutasi diri. Udara nyaman bak selundang..Pariangan ni tempat atas bukit.Macam cameron, tp  lagi sejuk dari cameron highland.

Selama 10hari kami berkampung di pariangan, memang banyak sangat la pengalaman yang tak boleh lupa. Dari celik mata, sampai tidur balik, mcm2 benda baru kami temui. Mula sampai di Pariangan, pada petang tu, kami dah tergamam sebab orang ramai berpusu-pusu berjalan pergi ke Rangit atau tapian mandi..Ibarat, hari ini, kawasan ini terputus bekalan air. Bayangkan, mereka dah lakukan hal ni utk sepanjang hidup mereka, pagi dan petang. Tapian mandi ni pulak, tertutup,berdinding dan beratap,ber’hot water supply 24/7/365., malangnya bahagian tandas nya tidak beratap, dan hanya berdinding 2 kaki tinggi, dan terletak di bawah bukit. Kalo orang lepak kat jalan bahagian atas, mmg boleh borak2 orang yang kat tandas tu..Planning nye agak extreme disitu.(sebelah perempuan aku kurang pasti). Kami bernasib baik, sebelum tiba di Pariangan, tandas di hadapan rumah Buk Erna telah diubahsuai utk kegunaan kami sepanjang berada disitu. Mmg sangat2 bersyukur utk itu..Pengairan air (Water Irrigation) di sini pon mmg tiptop. ada satu kolah air mengalir utk jemaah celup kaki sebelum masuk masjid. Tak main lah tempayan air hujan..heh

So, sepanjang tinggal di sini, makanan kami tapau dari kedai2 berhampiran. Sebungkus nasi, boleh makan 2 orang. sebab tersangatlah banyak. Tp sebab hari2 makan spesen je, tepu da perut kami nak terima..nasib baiklah Madam Zaiton yang baru tiba seminggu kemudian datang membawa KFC yang rangup dan menyelerakan. Terbuka la kembali selera makan kami, Alhamdulillah…😀

Nasi Padang, Indonesia

Permandangan disitu memang cantik, ditambah pula nilai murni masyarakat setempat membuatkan tempat ini cukup utk diingati. Kami tak melepaskan peluang untuk mengambil gambar2 permandangan di situ, berjalan-jalan keliling kampung. Sempat juga kami menjamah satay padang semasa berjalan-jalan disana..

“Buk….” kami menyapa seorang ibu tua yang berjalan menuju ke rangit.
“Yo..” jawab si ibu tadi.

Ada satu ketika, semasa berjalan2, kami berjumpa dengan dua org budak 8-9tahun yang sedang sibuk bermain layang2 di sawah bukit. “Mana layang2 nye?tak nampak pon” hah, kata2 tu terpacul keluar dari mulut aku, bila aku hanya nampak tali sahaja yang dipegang, ibarat tali terikat di awan, layang2 mereka entah kemana. Bila puas mencari bersama rakan, sekelumit layang2 muncul dibelakang awan. Sangat kagum bila melihat layang2 yang terbang setinggi tu.kadang2 nampak, kadang2 hilang.

Bersambung…bersambung..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s